JAKARTA: Sebuah bot yang dinaiki sekurang-kurangnya 28 orang dilaporkan hilang pada Rabu di luar pantai daerah Mamuju di wilayah Sulawesi Barat.
Memetik laporan media antarabangsa, Ketua Mencari dan Menyelamat (SAR) Mamuju Muhammad Rizal berkata, bot tersebut yang dipercayai membawa tetamu majlis perkahwinan terputus hubungan di perairan Pulau Ambo di wilayah timur Indonesia.
Jelas beliau, pasukan penyelamat Indonesia sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Pejabat SAR menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang penduduk tempatan pada petang Rabu," katanya memetik Xinhua.
Muhammad Rizal menambah bot berkenaan berlepas dari Pulau Ambo kira-kira 10 pagi waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Pelabuhan Sumare di Mamuju pada 4 petang.
Beliau berkata, bagaimanapun bot itu masih tidak tiba ke destinasinya, sekali gus mendorong pasukan penyelamat dengan bot SAR dikerah ke Pulau Ambo.
Dalam perkembangan berasingan, portal Kompas melaporkan, dua orang ditemukan meninggal dunia, manakala dua lagi hilang selepas dipercayai bot sama karam di perairan Indonesia.
Menurut laporan tersebut, bot berkenaan yang bertolak dari Pulau Ambo menuju ke Jeti Sumare membawa sekurang-kurangnya 37 penumpang, dan terbalik selepas dipukul ombak besar.
Pasukan SAR telah memindahkan 33 penumpang dengan selamat ke hospital polis dan operasi mencari mangsa yang hilang sedang diteruskan.
Mangsa yang terkorban masing-masing seorang lelaki dan perempuan.
Agensi
Thu Dec 21 2023
Mamuju Muhammad Rizal berkata bot tersebut dipercayai membawa tetamu majlis perkahwinan itu terputus hubungan di perairan Pulau Ambo di wilayah timur Indonesia - Foto/Antaranews
Lelaki rantai diri di tiang gol papar baju 'kad merah kepada Israel'
Seorang lelaki merantai dirinya di tiang gol sebelum perlawanan pusingan Kelayakan Euro Wanita 2025 di antara Scotland dan Israel pagi tadi.
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai
Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di George Town semalam.
Tumpahan minyak lori terbakar hampir sebabkan gangguan air di Selangor
Tumpahan minyak daripada kenderaan itu berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air berhampiran Sungai Lamiar dan seterusnya ke Sungai Labu, Selangor.
Raikan perpaduan, teras ke arah kemakmuran bersama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan di mana sahaja mereka meraikan perayaan itu.
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Lebih 90 maut tragedi bot karam di Mozambique
Bot nelayan yang bertukar sebagai feri penumpang itu mengangkut 130 penumpang iaitu jumlah yang melebihi kapasiti.
Bot nelayan karam, lima mangsa selamat
Kesemua mangsa berusia 34 hingga 39 tahun itu dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.
Bot karam: Empat hilang, seorang terselamat di Kapit
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang Khamis ketika bot yang dinaiki lima lelaki itu dalam perjalanan dari Melekun ke Nanga Tulie.
23 migran maut bot dinaiki karam di Senegal
Seramai 23 migran maut selepas bot dinaiki mereka menuju ke Eropah karam di luar pantai Saint-Louis di utara Senegal.
Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean.
Bot karam dipukul ribut, mayat pemancing ditemui
Mangsa ditemui pada jam 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.
Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan dipercayai hilang
Pasukan penyelamat Indonesia sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Dua sepupu lemas, bot karam di Sungai Perak
Dua sepupu ditemui lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai karam akibat arus deras di muara Sungai Perak.
Nelayan dikhuatiri lemas akibat bot karam di Bagan Datuk, ditemukan maut
Nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi, ditemukan maut.
Bot karam di Bagan Datuk, nelayan dikhuatiri lemas
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi.